Friday, June 13, 2008

APA KATA TOK GURU

“Kenapa tak guna gas ?” - Tok Guru Nik Aziz PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Friday, 13 June 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/mostlatestnikaziz.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan kerajaan pusat menaikkan harga minyak tanpa memberikan pilihan lain kepada rakyat sebagai satu tindakan yang tidak bijak.

Beliau menyeru supaya kerajaan pusat menarik balik kenaikkan harga minyak dan mempersoalkan mengapa tidak diambil langkah yang lebih baik.

Beliau yang baru kembali dari menunaikan umrah menyarankan kerajaan sepatutnya menggalakkan

penggunaan gas asli sebagai ganti bahan bakar minyak petrol dan diesel.

“Keputusan itu tidak bijak, kenapa tidak kita perkenalkan penggunaan gas…. Orang yang tidak bijak tak boleh mentadbir negara ini,” katanya

Menurutnya beliau merasa sangat bimbang apabila dimaklumkan tentang langkah kerajaan menaikkan harga minyak disamping jaminan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

Mengulas isu tersebut Tok Guru Nik Aziz menyatakan kerajaan pusat sepatutnya menimbangkan dan menggalakkan penggunaan gas asli cecair kerana ianya lebih murah dan mesra alam.

Selain itu beliau menegaskan rezab gas negara masih boleh bertahan sehingga 35 tahun berbanding minyak yang hanya tinggal 20 tahun

“Jadi, kenapa kita tak gunakan gas ? Kita mesti tanya kerajaan. Saya malu bila tengok negara jiran Thailand yang dah lama menggunakan gas,
”Kerajaan lebih rela melihat rakyat menderita ?,” soalnya lagi

Sehubungan dengan itu, Tok Guru menyatakan sokongannya keatas cadangan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 5 Julai nanti yang dianjurkan oleh PROTES

”Ini hak asasi …. Sekiranya kerajaan tak mahu demonstrasi jangan buat sesuatu yang menentang suara rakyat, tak ada lah demonstrasi (kalau kerajaan ikut rakyat),” jelas Tok Guru.

- Sumber Malaysiakini

No comments: