Wednesday, September 24, 2008

SHAHIDAN PENASIHAT NCER


Laporan Utusan Malaysia semalam (Sept 23, 2008) amat menggembirakan saya. Sahabat saya Dato Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis yang gagal menjadi Menteri Besar walaupun Perlis di antara negeri yang menang dalam pilihanraya 2008 telah dilantik oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia untuk menjadi penasihat dan pembantu beliau dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Orang yang busuk hati mungkin menyangka perlantikan ini adalah sebagai cara untuk Abdullah mendapat sokongan ahli Majlis Tertinggi ini supaya dia tidak sokong tuntutan beberapa ahli lain supaya Abdullah berhenti sebelum mesyuarat bahagian.

Kalau saya tidak salah apabila sahaja tokoh tertinggi parti UMNO ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Abdullah, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada YAB Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf Menteri. Selepas itu senyap sunyi.

Apakah ini satu jenis rasuah, wallahua'lam.

Dengan begitu banyak penasihat amat menghairankan kenapa tidakan Perdana Menteri Abdullah tidak begitu bijak. Mungkinkah ini disebabkan adanya penasihat bertaraf Menteri pun tetapi tidak ada suara. Ikatan kekeluargaan antara penasihat dan yang dinasihati mungkin lebih utama daripada yang tidak ada ikatan kekeluargaan, wallahua'lam.

p/s Saya juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus.

Yang belum sokong sila percepatkan sokongan. Masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus.

Wednesday, August 27, 2008

Anwar ke Parlimen 'seawal hari esok'

Aug 26, 08 10:26pm Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini.

"Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya.

permatang pauh by election nomination day 160808 candidates "Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai."

Keputusan rasmi Anwar (foto, paling kanan) mendapat majoriti besar sebanyak 15,671 undi diketahui kira-kira 9.45 malam di pusat penjumlahan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tidak lama kemudian.

Penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Majoriti undi PKR kali ini lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.

Kira-kira 81.1 peratus daripada 58,49 pemilih di Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Pandikar Amin juga berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.

"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

Thursday, July 31, 2008

Wan Azizah lepaskan Permatang Pauh, Anwar bertanding

31-07-2008 03:29:45 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah.

Friday, July 25, 2008

SIAPA LANTIK ABDULLAH?




Tiap kali saya kritik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia".

Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato Seri Abdullah sebagai pengganti saya.

Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato Seri Abdullah.

Dato Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan UMNO diharamkan, Dato Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli UMNO Baru yang saya pimpin.

Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli UMNO Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong UMNO memilih Dato Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.

Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato Seri Najib.

Saya berpendapat UMNO hendakkan kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak UMNO.

Justeru itu saya kembalikan Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato Seri Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Kenapa tidak dipilih Dato Seri Najib?

Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato Seri Abdullah pilih Dato Seri Najib sebagai timbalannya.

Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong UMNO mengesahkan pemilihan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.

Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh UMNO. Tidak ada sesiapa yang membantah.

Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Dato Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir.

Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.

Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah kepada UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.

Jiak Dato Seri Abdullah benar-benar sayang kepada UMNO, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan UMNO. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab UMNO dan Barisan Nasional jadi lemah.

Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean.

Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.

Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.

Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Wednesday, July 16, 2008

GAMBAR SEKITAR ANWAR DI BPR DAN DI IPK KL

GAMBAR SEKITAR ANWAR DI BPR DAN DI IPK KL

Anwar ditahan reman, ke HKL buat ujian DNA

Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU


(Dikemaskini) KUALA LUMPUR: Setelah 6 jam disoalsiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi polis dan peguamnya, Sivarasa telah bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan ujian DNA.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditahan polis pada jam 1.15 tengahari berhubung dakwaan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut peguamnya, Saiful Izham Ramli, selepas menjalani ujian kesihatan bagi mendapatkan sampel DNA, Anwar akan dibawa kembali ke IPKKL.

Keputusan samada Anwar akan ditahan reman akan ditentukan selepas itu.

Sebelum itu, Anwar yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan tersebut, ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.

Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.

Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.

Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.

"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.

Lap ayaq liyor tuh!

"Assalamu'alaikum...
Oleh Topeng_Perak

Debat - Mulut Shabery Berbuih-Buih......

Ni...aku nak mintak tolong sapa-sapa yang ada tisu...tolooong la lap tepi bibir menteri penerangan tuh...pengotoq betoi...

Betul sungguh aku cakap aku tak reti nak komen langsung pasal debat Anwar & Shabery tadi...hampa, kosong, sengal & macam-macam yang tak patut ada dalam debat diutarakan oleh mamat Shabery tu & untuk pihak anwar kredit penuh aku bagi & dari situ aku & keluarga aku bertambah yakin bahawa apa yang Anwar war-warkan selama ni tentang "Hari ni bentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun" adalah benar sebenar benarnya, bukan 1 omong kosong & 1 langkah yang amat praktikal yang sepatutnya diambil oleh kerajaan yang memerintah.


Dari awal debat lagi dalam sessi ucapan pembukaan DSAI telah mula mejelaskan beberapa fakta penting yang lojik dijadikan panduan dalam menguruskan ekonomi Malaysia berbeza dengan Shabery yang dari awal ucapan pembukaan telah mula menyerang peribadi DSAI malah ucapan pembukaan beliau langsung tidak menangkis hujah DSAI & yang paling memalukan ialah - lari dari topik...orang suruh debat minyak...yang hang dok cerita pasal demonstrasi tu apahal?

Lap ayaq liyor tuh!

Masuk pusingan kedua pulak...soalan dari wakil Shabery bertukar jadi cemuhan@sindiran...aku pun tak paham apa sebenarnya yang Nordin ni nak tanya...yang aku paham ialah Nordin ni cuba berceramah...ni memang mentaliti UMNO/BN...selalu tak reti nak sesuaikan keadaan dalam majlis...majlis nasyid depa bantai dangdut... ( ni contoh je )...

Soalan dari wakil Anwar pulak ialah tentang langkah penjimatan yang KERAjaan umumkan pada tahun 2004 bagaimana ianya dibelanjakan kerana hakikatnya sampai kehari ini kita tak nampak langkah yang KERAjaan ambil & dimana ianya dibelanjakan tidak dijawab oleh Shabery tetapi sebaliknya mamat mulut berbuih ni telah melakukan aksi balik kuang & menyerang peribadi DSAI tanpa menjawab soalan dari Zulkifli.

Lap ayaq liyor tuh!

Masuk pusingan seterusnya soalan Cepumas pun hal yang sama terjadi...Anwar tetap konsisten dalam berhujah & hujah Anwar bertepatan dengan tajuk debat malam ini.boleh dikatakan Anwar memang berjaya membawa berbagai formula untuk meminimakan beban kepada rakyat melalui cara pengurusan dana-dana & sumber kewangan yang ada manakala Shabery pula hujahnya "0"...wakil Shabery pun 1 hal jugak bila terlalu nak tunjuk hebat mengutarakan soalan tetapi terlupa untuk meneliti fakta...akhirnya termakan diri...

Pusingan seterusnya aku dah malas nak ulas apa-apa...sama jugak dengan pusingan yang awal tadi...Anwar berhujah dengan fakta, Shabery pulak menyerang peribadi...ni betoi punya hablau...patut la si jebat blogger awal-awal dah panggil Shabery ni Strawberi@shebiri-biri...agak kurang sesuai pada awalnya tapi diakhirnya lepas tengok gelagat Shabery ni memang bertepatan...mengembek mengembek mengembek tak tahu kenapa...

Lap ayaq liyor tuh!

Kesimpulan pada debat tadi


dipihak wakil PR - fokus pada tajuk tidak lari dalam hujah-hujah yang diutarakan & yang amat membanggakan ialah fakta-fakta yang diutarakan oleh Anwar ada fakta-fakta yang lojik & diyakini sebagai 1 formula yang baik untuk menyelesaikan masalah harga minyak di Malaysia.

dipihak wakil BN - dari awal lagi fokus & hujah tidak ada kena mengena dengan tajuk debat tetapi lebih kepada hujah menyerang peribadi lawan & apa yang kita lihat ialah sememangnya kerajaan tidak punya formula untuk menyelesaikan krisis ini.

hujah Shabery juga sudah selalu kita dengar dari semua wakil UMNO/BN iaitu GLOBAL, GLOBAL, GLOBAL & GLOBAL...tanpa langsung ada penafian menyanggah hujah Anwar...kita debat isu minyak & sepatutnya Shabery kena sanggah hujah Anwar dengan fakta & bukannya menyerang peribadi yang tak ada kena mengena dengan isu minyak...

Entahlah...tak tau aku nak komen macam mana dah...yang pastinya, hasil melalui debat tadi dapat disaksikan & diadili oleh seluruh rakyat yang memerhati...kalau ikut pandangan aku...Shabery berjaya membuktikan 100% kepada rakyat bahawa KERAjaan UMNO?BN memang lemah baik dari segi politik mahupun pengurusan...disertai pulak oleh menteri-menteri otak kosong macam Shabery...lagilah hancur Malaysia lepas ni...


Aku tertarik pada 2 perkara dalam hujah Anwar & Shabery tadi...menarik dipihak Shabery bila dia jelaskan kekuatan Petronas hari ini adalah kerana KERAjaan UMNO/BN...tapi aku nak sangkal dakwaan tu dengan kenyataan ni - kalau parti lain yang membentuk kerajaan, Petronas juga akan berada pada tahap ini malah aku yakin kedudukan Petronas lebih baik dari hari ni dibawah kerajaan parti bukan UMNO/BN...

Menarik dipihak Anwar pula ialah kenyataannya - harga minyak di Arab Saudi rendah tetapi inflasinya tinggi manakala harga minyak di Malaysia pula tinggi tetapi kadar inflasi pula LEBIH TINGGI!...

fikir-fikirkan...

p/s - Datuk Nu Jazlan Mohamad Yb Pulai lagi dangkal. Dia berpendapat Shabery Cik berjaya menundukkan DSAI dengan fakta... fakta apa? Hairan betul YB BN ni...