Showing posts with label sidang dewan rakyat. Show all posts
Showing posts with label sidang dewan rakyat. Show all posts

Tuesday, June 24, 2008

Dewan kecoh, Khalid Samad selar Menteri Penerangan

Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Jun 24, 08 | 2:00:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Dewan Rakyat kecoh hampir lima minit berikutan berdebatan antara Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dengan Dato' Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) selain Gobalakrisnan (KeADILan-Padang Serai) selepas Khalid mempertikai kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shaberry Cheek.

Khalid yang bangun bagi menyuarakan Peraturan Mesyuarat 36 (10a) mendakwa bahawa kenyataan Shaberry yang disiarkan dalam akhbar satu penipuan.

Kenyataan yang dimaksudkan itu ialah tuduhan Shaberry terhadap Khalid yang dikatakan derhaka atau khianat dalam mencadangkan agar adanya tender terbuka terhadap telaga minyak.

Kenyataan itu kata Khalid seolah-olah menyifatkannya mengkhianati amanah negara dan mahu menyerahkan hak Malaysia kepada syarikat minyak asing.

"Ini tipuisme, keliruisme yang diperjuang BN.Cadangan saya supaya hanya untuk buktikan Petronas supaya sedia memberi subsidi kepada rakyat dan tak perlu rakyat tanggung beban kenaikan harga minyak," ujarnya.

Beliau juga berkata bahawa Menteri Penerangan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan cadangannya itu semalam.

Sejurus Khalid bercakap mengenai kenyataan Shaberry itu, Tajuddin bingkas bangun menyatakan ianya buang masa dan beliau turut memekik dengan suara yang lantang mengganggu ucapan Khalid.

Tajuddin menghamburkan beberapa perkataan yang akhirnya menyebabkan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bangun dan mengecam kenyataan Pasir Salak.

Ketika itu juga Gobalakrishnan bangun menyatakan kecaman terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang disifatkan tidak faham isu yang dibincangkan.

Malah berlaku tuduh menuduh antara Gobalakrisnan dengan Tajuddin dengan perkataan yang kesat antaranya 'awak minum berapa banyak todi'(mabuk), ahli Parlimen kurang ajar dan 'awak ni gangster'.

Akhirnya Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Wan Junaidi Tunku Jaafar meminta ke semua ahli yang bertengkar agar menghormati dewan dan duduk. - mks._

Monday, June 23, 2008

Seorang Ahli Parlimen SAPP tidak hadir sidang Parlimen

Ahli Parlimen SAPP kawasan Tawau, Datuk Chua Soon Booi tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat hari Isnin. Kehadiran Ahli Parlimen SAPP menarik perhatian kerana hari ini alan berlangsung pengundian terhadap usul kenaikan harga minyak yang dibentang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Pengundian ini akan menyaksikan sama ada Ahli Parlimen SAPP akan menyokong usul berkenaan atau tidak ekoran keputusan SAPP bercadang untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri. Seorang lagi Ahli Parlimen SAPP, Datuk Eric Majimbun hadir pada sidang hari ini. - 23/6/2008 -agenda daily

Gimik awal...naik basikal -agenda daily


Empat AHli Parlimen pembangkang hari Isnin memulakan 'gimik' awal ekoran kenaikan harga minyak dengan menaiki basikal datang ke Dewan Rakyat. Mereka ialah Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, TIan Chua, Zulkefli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan Gobalakrishnan (Padang Serai). Mereka berkata, tujuan mereka menaiki basikal untuk menunjukkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Namun pada masa yang sama perkarangan Parlimen tempat letak kereta penuh dengan kereta Ahli Parlimen termasuk pembangkang, pegawai kerajaan dan para pemerhati. Malah ada yang terpaksa meletakkan kereta di luar kawasan Parlimen. Mereak jyag turut mencabar Perdana Menteri datang ke Parlimen menaiki basikal bagi merasai kepayahan yang dihadapi rakyat serta menunjukkan contoh mengubah gaya hidup. - 23/6/2008

Tuesday, May 13, 2008

Haji Hadi kemuka soalan sebanyak mana subsidi diberikan untuk pertanian

Nyza Ayob
Tue | May 13, 08 | 1:22:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dalam soalan tambahannya di Dewan Rakyat hari ini mengemukakan soalan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani sama ada kerajaan merancang untuk memberi subsidi pertanian sehingga 90 peratus bagi menghadapi kegawatan makanan yang berlaku di dunia hari ini.

Katanya, di negara-negara maju seperti Jepun, kerajaan Jepun sanggup memberikan subsidi pertanian sehingga 90 peratus untuk bekalan negara dan masih dapat menampung keperluan bagi sektor lain.

Tambahnya pada tahun 1990 beliau pernah mencadangkan kepada Kementerian Pertanian pada waktu itu bagi membuat perancangan ke arah pertanian yang cukup bagi negara, dan jawapan yang diterima menteri berkenaan pada waktu itu ialah import lebih menguntungkan.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapha Mohamed menyatakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperuntukkan RM4 billion untuk mengatasi masalah bekalan makanan yang berlaku dalam negara.

Katanya, daripada jumlah tersebut, RM2.5 billion telah diumumkan agihannya. Daripada jumlah tersebut RM800.3 juta digunakan untuk sektor penanaman padi.

Jelasnya, pada tahun ini kementerian akan membelanjakan RM923 juta untuk subsidi penanaman padi. Katanya, jika dilihat pada jumlah subsidi tersebut, setiap petani yang menanam padi akan mandapat subsidi RM9000 seorang.

Katanya, Malaysia mempunyai 140,000 petani dan bantuan yang diberikan kira-kira RM1.7 billion. Bagi setiap petani yang menanam padi mereka layak mendapat bantuan yang diberikan RM2500 juta untuk subsidi padi, baja, membajak dan racun.

Terdahulu soalan asal dikemukakan oleh Dato' Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bila kerajaan akan dapat memberikan peruntukan yang secukupnya untuk melaksanakan projek naik taraf pengairan di beberapa tempat di Perak. - mns